Informasi Kesehatan dan Tips Gaya Hidup Sehat

Monday, July 16, 2012

Gambaran Luas Neraka

Dosa dimana-mana semakin marajelela, pergaulan bebas, seks bebas, penjualan bayi, kebebasan kaum hawa mengatas namakan emansipasi wanita dan masih banyak lagi. Apakah tidak cukup sebagai pelajaran kepada kamu akan azab yang ditimpakan terhadap kaum sebelum kamu terdahulu??? Sungguh manusia adalah mahluk kecil namun kesombongannya melebihi bulatnya bentuk bumi. Ingatlah Neraka yang akan menantimu atas dosa-dosa yang kamu perbuat dimuka bumi ini. Sungguh tak terbayangkan Gambaran Luas Neraka. Dan dibawah merupakan gambaran yang diceritakan dari sahabat Rasulullah SAW.

Luas Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam
keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ``Mengapa aku
melihat kau berubah muka?``
Jawabnya: ``Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg
mengetahui
bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa
Allah
itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.``
Lalu nabi s.a.w. bersabda: ``Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.``Jawabnya: ``Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap,
tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar
penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana
panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari
rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya
akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus
engkau
dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan
terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat
dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan
pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
Nabi s.a.w. bertanya: ``Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?``
Jawabnya: ``Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya,
dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih
panas
dari yang lain 70 kali ganda.`` (nota kefahaman: yaitu yg lebih bawah
lebih
panas).
Tanya Rasulullah s.a.w.: ``Siapakah penduduk masing-masing pintu?``
Jawab Jibril: ``Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-
orang
yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama
Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.``

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:``Mengapa
tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?``
Jawabnya: ``Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai
mati belum sempat bertaubat.``
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar
kembali
dan sesudah sadar nabi saw bersabda: ``Ya Jibril, sungguh besar
kerisauanku
dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke
dalam neraka?``
Jawabnya: ``Ya, yaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.``
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi
s.a.w.
masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian
kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu
menangis
dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab ``Peringatan Bagi Yg
Lalai``)
Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan
kamu tak dapat dengan panasnya terik matahari Ku.




Tahukah kamu bahwa neraka jahanam itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat "

Naudzubillahimindzalik...sungguh mengerikan keadaannya.
Semoga Allah SWT melindungi dan mengampuni dosaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat.
Amin....
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 comments

:) :-) :)) =)) :( :-( :(( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ :-$ (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer

 
© 2011 Informasi Kesehatan dan Tips Gaya Hidup Sehat
Designed by BlogThietKe Cooperated with Duy Pham
Released under Creative Commons 3.0 CC BY-NC 3.0
Posts RSSComments RSS
Back to top