Ahlul Sunnah Wal Jama'ah
AMALAN bermazhab kepada Ahlul Sunnah Waljamaah adalah merujuk kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim (kedua-dua bermazhab Syafie) yang bermaksud:
``Sebaik-baik manusia ialah yang berada pada kurun ku kemudian mereka yang selepas kurun tersebut dan kemudian mereka yang mengiringi kurun selepas itu. Tiga kurun itu bermaksud zaman selepas Rasulullah yang juga dinamakan zaman Tabiin oleh pengikut Ahlul Sunnah atau zaman Salaf oleh sesetengah pihak yang lain. Dalam pengertian lain kita digalakkan mencontohi Rasulullah serta umat pada zaman Tabiin.
Apatah lagi mencontohi amalan Sahabat Rasulullah yang mengikut hadis,
``Sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang di langit, ulama-ulamaku
ibarat nabi di kalangan Bani Israil.
Sebab itu hukum-hukum ilmu dalam Islam merujuk kepada al-Quran dan
hadis, qias dan ijmak ulama.
Jadi mana mungkin boleh berijtihad setakat al-Quran dan hadis sahaja?
Kalau begitu bolehkah dianggap bidaah pembukuan al-Quran pada zaman
Saidina Uthman bin Affan sedangkan Rasulullah tidak pernah membukukan
al-Quran?.
Kemudian bagaimana pula dengan perawi hadis seperti Imam Bukhari dan
Imam Muslim meriwayatkan hadis Nabi dalam buku pada hal pada zaman
Rasulullah hadis tidak dibukukan. Hadis hanya dikitabkan selepas
zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang keempat.
Kemudian bagaimana pula dengan Saidina Umar yang membuat azan
sebanyak dua kali pada waktu solat Jumaat, pada hal pada zaman
Rasulullah azan berkumandang hanya sekali sahaja. Adakah ini bidaah
namanya?
Keadaan umat Islam semakin berserabut dengan pelbagai aliran dan
pemikiran selepas kewafatan Rasulullah, terutama pada zaman Saidina
Ali. Muncul pelbagai fahaman seperti Khawarij, Muktazillah, Syiah dan
selepas itu muncul pula aliran selepas Saidina Ali seperti Qadariyah,
Jabariyah, Musyabihah dan fahaman Ibnu Tamiyah dengan konsep Tauhid
Rubuhiyah dan Uluhiyah.
Oleh kerana terdapat pelbagai aliran ini, tepatlah hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Imam Thabarani:
``Bahawa pada akhir zaman, umatku terbahagi pada 73 golongan, hanya
satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain
terjun ke dalam neraka. Maka sahabat pun bertanya, siapakah golongan
yang satu tersebut, ya Rasulullah?
Jawab baginda Ahlul Sunnah Waljamaah.''
Apabila disebut Ahlul Sunnah ialah mereka yang mengikut sunnah
Rasulullah dan juga sunnah sahabat-sahabat baginda serta sunnah umat
zaman Tabiin (zaman 300 tahun selepas Rasulullah)
Keempat-empat Imam Ahlul Sunnah Waljamaah iaitu Imam Hanafi, Imam
Maliki, Imam Syafie dan Imam Hambali hidup pada zaman Tabiin yakni
lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah.
Imam Hanafi lahir pada 80 Hijrah dan Imam Malik lahir pada 93 Hijrah,
Imam Syafie pada 150 Hijrah dan Imam Hambali pada 164 Hijrah.
Mereka bukan sahaja ulama pilihan di kalangan para ulama, tetapi juga
merupakan ulama yang soleh, warak, tegas memegang hukum, bebas yakni
tidak makan gaji atau terikat dengan tugas rasmi. Keempat-empat
mereka juga menulis kitab untuk rujukan umum.
Keempat-empat imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad
atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis
Rasulullah.
Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat
mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan
hadis.
Banyak perawi hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu
Dawud, Imam Tarmizi dan lain-lain adalah bermazhab walaupun mereka
mengumpul dan menilai hadis.
Misalnya Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tarmizi adalah bermazhab
Syafie.
Dalam segi kefahaman dan mengeluarkan hukum, mereka berpandukan
kepada empat imam mazhab. Kalau sebagai perawi hadis dengan
ketinggian ilmu mereka tetap bermazhab, apa ukurannya pada orang awam
akhir zaman ini yang tidak mahu bermazhab?
Mampukah orang awam yang jahil dalam ilmuwan agama walaupun lepasan
Al-Azhar berijtihad tanpa mazhab?
Begitu juga imam-imam besar yang lain seperti Abu Hassan Al Asyaari
(mujadid kurun ketiga), Imam Al Ghazali (pengarang kitab Ehya
Ulumudin/ mujadid kurun kelima), Imam Sayuti (mujadid kurun ke-9)
juga bermazhab Syafie.
Malah para ulama dan wali yang menetap di Malaysia seperti Tokku
Paloh, Tok Kenali, Syeikh Hussein Al-Banjari, Habib Noh (di
Singapura) serta sembilan Wali Songo (Indonesia), kesemuanya
bermazhab Syafie.
Memang sudah menjadi sunnahtullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir
zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai dari orang
alim. Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu
tetapi yang jahil amat ramai.
Oleh itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali
sendiri al-Quran dan hadis? Munasabahkah meminta mereka berijtihad
sendiri kepada al-Quran dan hadis?
Ibarat kita memaksa semua orang yang hendak memiliki emas, jangan
membeli emas di kedai emas. Kita mengajak mereka sendiri mengorek dan
melombong emas untuk diambil yang benar-benar asli.
Begitulah ibarat kita hendak menyuruh semua orang berijtihad pada al-
Quran dan hadis dengan tidak bermazhab atau bersandar pada ulama
mujtahidin. Sampai bila pun mereka tidak dapat beramal dengan ajaran
Islam.
Kalau kita hendak menyuruh semua manusia sama ada alim atau orang
awam supaya tidak bermazhab dan bersandar pada ijtihad sendiri kepada
al-Quran dan hadis, maka ramailah orang awam yang akan sesat!
Ulama yang mengajak jangan bermazhab ialah ulama Mutaakhirin. Fahaman
mereka bertambah popular selepas kemunculan gerakan Muhamad bin Abdul
Wahab. Dan gerakannya belum sampai 100 tahun lagi. Fahaman ini yang
menganjurkan jangan bermazhab kerana bidaah.
Oleh yang demikian ulama mana yang hendak kita ikuti? Ulama
Mutaakhiran atau ulama Mutaqadimin. Kalau mengikut hadis kita perlu
kembali pada ulama Mutaqadimin (ulama zaman Tabiin)

0 comments